Tanjung Karang
Tanjung Karang

Tanjung Karang

Tanjung Karang atau kadang-kadang juga dieja Tanjong Karang adalah sebuah kawasan dan pekan penanaman padi yang terletak di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Ia juga merupakan kawasan jelapang padi kedua tebesar di Malaysia selepas negeri Kedah. Pekan Tanjung Karang dibahagikan oleh Sungai Tengi di tengah-tengah dan dihubungkan dengan jambatan. Tanjong Karang telah dipecahkan kepada dua mukim iaitu Mukim Tanjong Karang 1 dan Mukim Tanjong Karang 2[1]. Kedua-dua mukim diwakili oleh dua Penghulu berbeza. Penduduk minoriti Cina tinggal di bandar dan kawasan sebelah laut (Bagan), manakala kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan menjalankan aktiviti pertanian, terutamanya penanaman padi. Antara mukim lain di daerah Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Pasangan, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi.